IKRAR

IKRAR INTERITIPERKHIDMATAN AWAM

Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

Kedua: Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;

Ketiga: Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan.

Keempat: Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;

Kelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan

Keenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.